Sistem Berasaskan Fail
Sebelum penggunaan pangkalan data, pembangun sistem
menggunakan fail untuk menyimpan data. Fail-fail data bergantung kepada
aplikasi yang hendak digunakan. Ini bermakna hanya satu fail yang akan
digunakan untuk satu aplikasi
Sebagai contoh, fail pelajar di perpustakaan hanya digunakan
oleh kakitangan perpustakaan. Manakala fail pelajar di bahagian akademik hanya
akan digunakan untuk tujuan akademik.
Fail Pelajar / Fail Buku à
Sistem Perpustakaan
Fail Pelajar / Fail Kursus à
Sistem Akademik
Fail Pelajar / Fail Yuran à
Sistem Bendahari
Kelemahan-kelemahan Sistem
Berasaskan Fail
1.
Data disimpan di
tempat berasingan
Data-data disimpan pada fail yang berbeza
dan nama atribut yang berbeza walaupun ianya merujuk kepada data yang sama. Hal
ini akan menyebabkan kesukaran untuk mencapai dan mengemaskini data.
Pelajar
IDPelajar
|
Nama
|
Alamat
|
Kursus
|
001
|
Ahmad Danish
|
Tg Malim
|
Sains
|
002
|
Fatin Najihah
|
Bandar Behrang
|
Seni
|
Pelajar
IDPelajar
|
Nama
|
Alamat
|
Markah
|
Gred
|
001
|
Ahmad Danish
|
Tg Malim
|
90
|
A
|
002
|
Fatin Najihah
|
Bandar Behrang
|
89
|
A
|
2.
Data tidak boleh
diguna secara serentak
Oleh kerana setiap fail mempunyai
aplikasinya sendiri maka data-data tidak dapat dikongsi. Ini adalah kerana,
fail-fail tersebut terletak pada tempat yang berasingan.
3.
Data berulang/bertindih
Disebabkan fail-fail dibina untuk aplikasi
tertentu, data-data akan berulang pada bahagian-bahagian tertentu. Dengan itu
akan wujud data yang tidak konsisten dari segi pengemaskinian.
0 comments:
Post a Comment