Pendekatan pangkalan data adalah untuk menggantikan
penggunaan sistem berasaskan fail. Dengan menggunakan pendekatan pangkalan data
membolehkan pengguna untuk berkongsi maklumat, mengatasi masalah pertindihan
data dan mengelakkan masalah pembaziran masa, kos dan ruang storan.
Kelebihan pangkalan data
1.
Kebebasan data dan
program
Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) mengasingkan data dan program. Pengasingan ini akan
memudahkan kepada penyelenggaraan.
2.
Meminimumkan pertindihan
data
Dengan menggunakan pangkalan data ia dapat
meminimumkan pertindihan data. Ini kerana dalam pangkalan data menggunakan
konsep penormalan yang bertujuan untuk meminimumkan pertindihan data.
3.
Memperbaiki perkongsian
data
Oleh kerana konsep pangkalan data itu
sendiri bersifat perkongsian, maka data-data dalam pangkalan data boleh
dikongsi bersama-sama daripada pengguna dalaman atau luaran. Namun,
pengguna-pengguna tersebut terikat dengan kebenaran yang diberi terhadap
pangkalan data.
4.
Meningkatkan produktiviti
bagi pembangunan aplikasi
Konsep pangkalan data membolehkan pembinaan
aplikasi baru dibina dengan meminimumkan kos dan masa. Ini kerana, kebanyakan
Sistem Pengurusan Pangkalan Data telah menyediakan banyak kemudahan seperti
membina form, membina query, membina laporan dan sebagainya.
5.
Memperbaiki kebolehcapaian
data
Sesuatu data akan dapat dicapai terus oleh
semua organisasi kerana adanya intergrasi data.
2 comments:
salam ,, apakah kelemahan dalam membangunkan sistem ?
Pragmatic Play takes its first live dealer live casino games - JtmHub
› online › casino-games › slot-n › online 동해 출장샵 › casino-games › slot-n Nov 30, 2021 — 군포 출장안마 Nov 30, 2021 Pragmatic Play 강릉 출장마사지 launched its live casino games 화성 출장샵 on the gaming platform Pragmatic Play. It is the world's leading supplier of casino 고양 출장샵 content to the
Post a Comment