Sunday, December 16, 2012

Komponen Pangkalan Data


Sistem pangkalan data mempunyai 4 komponen utama iaitu :
           Data
Data adalah fakta asas mengenai manusia, tempat, peristiwa atau konsep. Ia tidak memberikan sebarang makna apabila digunakan bersendirian

2       Perkakasan
Melibatkan keseluruhan perkakasan yang diperlukan untuk menyokong pangkalan data. Ia terdiri daripada komputer, internet dan rangkaian

3      Perisian
Melibatkan sistem pengurusan pangkalan data (DBMS) yang merupakan perisian yang membolehkan pengguna mengenal pasti, mereka bentuk dan mengurus pangkalan data. Contoh- contoh perisian Sistem Pengurusan Pangkalan Data ialah MySQL, ORACLE, Microsoft Access dan banyak lagi

4       Pengguna
Pengguna terbahagi kepada pengguna akhir, pengaturcara aplikasi dan Pentadbir Pangkalan Data
a.       Pengguna akhir adalah mereka yang menggunakan sistem yang telah siap
b.      Pengaturcara aplikasi adalah mereka yang membangunkan sistem untuk kegunaan pengguna akhir
c.      Pentadbir Pangkalan Data adalah bertanggungjawab di atas perancangan, mereka bentuk dan menyelenggara sistem pangkalan data                                                                                                                                                       

Saturday, December 15, 2012

Fungsi-Fungsi Sistem Pengurusan Pangkalan Data


Fungsi-fungsi Sistem Pengurusan Pangkalan Data


1.       Penyimpanan, Capaian Dan Kemaskini
Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) menyediakan perkhidmatan seperti penyimpanan, capaian dan pengemaskinian data dalam pangkalan data

2.       Menyediakan Katalog Percuma
Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) menyediakan suatu katalog yang mengandungi maklumat tentang data dan katalog yang boleh dicapai oleh pengguna.

3.       Menyokong Transaksi
Transaksi adalah suatu unit kerja yang mengandungi beberapa arahan pengemaskinian terhadap data

4.       Kawalan Keserentakan
Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) memastikan pangkalan data dikemaskini dengan tepat jika ramai pengguna mengemaskinikan pangkalan data secara serentak

5.       Pemulihan Daripada Kegagalan Sistem
Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) menyediakan kemudahan untuk memulihkan pangkalan data apabila berlaku kerosakan

6.       Hak Kuasa
Kemudahan ini untuk memastikan orang yang berhak sahaja dibenarkan untuk memcapai data

7.       Perkhidmatan Integriti
Perubahan data mesti mengikut kekangan atau syarat yang telah ditentukan. Kemudahan ini adalah untuk menjaga ketetapan data

8.       Perkhidmatan Utiliti
Kemudahan yang disediakan untuk menyelenggara pangkalan data melalui penyuntingan data, penghapusan rekod, membina fail-fail baru dan sebagainya


Kelebihan Pangkalan Data


Pendekatan pangkalan data adalah untuk menggantikan penggunaan sistem berasaskan fail. Dengan  menggunakan pendekatan pangkalan data membolehkan pengguna untuk berkongsi maklumat, mengatasi masalah pertindihan data dan mengelakkan masalah pembaziran masa, kos dan ruang storan.

Kelebihan pangkalan data

1.       Kebebasan data dan program
Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) mengasingkan  data dan program. Pengasingan ini akan memudahkan kepada penyelenggaraan.

2.       Meminimumkan pertindihan data
Dengan menggunakan pangkalan data ia dapat meminimumkan pertindihan data. Ini kerana dalam pangkalan data menggunakan konsep penormalan yang bertujuan untuk meminimumkan pertindihan data.

3.       Memperbaiki perkongsian data
Oleh kerana konsep pangkalan data itu sendiri bersifat perkongsian, maka data-data dalam pangkalan data boleh dikongsi bersama-sama daripada pengguna dalaman atau luaran. Namun, pengguna-pengguna tersebut terikat dengan kebenaran yang diberi terhadap pangkalan data.

4.       Meningkatkan produktiviti bagi pembangunan aplikasi
Konsep pangkalan data membolehkan pembinaan aplikasi baru dibina dengan meminimumkan kos dan masa. Ini kerana, kebanyakan Sistem Pengurusan Pangkalan Data telah menyediakan banyak kemudahan seperti membina form, membina query, membina laporan dan sebagainya.

5.       Memperbaiki kebolehcapaian data
Sesuatu data akan dapat dicapai terus oleh semua organisasi kerana adanya intergrasi data.

Pendekatan Sistem Berasaskan Fail


Sistem Berasaskan Fail
Sebelum penggunaan pangkalan data, pembangun sistem menggunakan fail untuk menyimpan data. Fail-fail data bergantung kepada aplikasi yang hendak digunakan. Ini bermakna hanya satu fail yang akan digunakan untuk satu aplikasi
Sebagai contoh, fail pelajar di perpustakaan hanya digunakan oleh kakitangan perpustakaan. Manakala fail pelajar di bahagian akademik hanya akan digunakan untuk tujuan akademik.

Fail Pelajar / Fail Buku à Sistem Perpustakaan
Fail Pelajar / Fail Kursus à Sistem Akademik
Fail Pelajar / Fail Yuran à Sistem Bendahari



Kelemahan-kelemahan Sistem Berasaskan Fail

1.       Data disimpan di tempat berasingan
Data-data disimpan pada fail yang berbeza dan nama atribut yang berbeza walaupun ianya merujuk kepada data yang sama. Hal ini akan menyebabkan kesukaran untuk mencapai dan mengemaskini data.

Pelajar
IDPelajar
Nama
Alamat
Kursus
001
Ahmad Danish
Tg Malim
Sains
002
Fatin Najihah
Bandar Behrang
Seni

Pelajar
IDPelajar
Nama
Alamat
Markah
Gred  
001
Ahmad Danish
Tg Malim
90
A
002
Fatin Najihah
Bandar Behrang
89
A

2.       Data tidak boleh diguna secara serentak
Oleh kerana setiap fail mempunyai aplikasinya sendiri maka data-data tidak dapat dikongsi. Ini adalah kerana, fail-fail tersebut terletak pada tempat yang berasingan.

3.       Data berulang/bertindih
Disebabkan fail-fail dibina untuk aplikasi tertentu, data-data akan berulang pada bahagian-bahagian tertentu. Dengan itu akan wujud data yang tidak konsisten dari segi pengemaskinian.

Tuesday, December 11, 2012

Persekitaran Pangkalan Data

Seni Bina Pangkalan Data


Seni bina pangkalan data terdiri daripada tiga paras iaitu paras luaran, paras konseptual dan paras dalaman. Seni bina turut dikenali sebagai seni bina ANSI / SPARC kerana ia dicadangkan oleh Standard Planning and Requirement Committee of the American Standard Institute Committee on Computers and Information Processing.


  • Paras luaran – mewakili pandangan pengguna terhadap data
  • Paras dalaman – merupakan pandangan komputer terhadap data (data disimpan menggunakan struktur data)
  • Paras konseptual – menyediakan pemetaan dan kebebasan antara paras luaran dan dalaman

Monday, December 10, 2012

Pengenalan Kepada Pangkalan Data

 Pengenalan Kepada Pangkalan Data


Definisi Pangkalan Data
Pangkalan Data ditakrifkan sebagai "koleksi data yang saling berkaitan yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan maklumat bagi sesuatu organisasi.

Senario Penggunaan Pangkalan Data 


Bank
Proses pembukaan akaun baru di bank memerlukan kita untuk memenuhkan borang mengenai maklumat peribadi dan maklumat akaun. Maklumat tersebut akan dimasukkan ke dalam pangkalan data dan akan digunakan kembali sekiranya ingin berurusan dengan bank seperti pengeluaran wang ataupun deposit wang.

Pasar Raya
Penggunaan pembaca kod bar untuk mengesan harga sesuatu barangan. Semua capaian harga barangan akan dicapai daripada sistem pangkalan data.

Penggunaan Istilah
Data

Data adalah fakta asas mengenai manusia, tempat, peristiwa atau konsep. Ia tidak memberikan sebarang makna apabila digunakan besendirian.

Maklumat
Maklumat adalah data yang telah diproses dan memberikan makna kepada pengguna. 

Entiti
Entiti merupakan sesuatu objek yang wujud dan ia boleh dibezakan daripada objek-objek yang lain. Entiti boleh terdiri daripada orang, objek, konsep, tempat, peristiwa atau kejadian.

Contoh-contoh entiti :

Orang: pelajar, pekerja
Tempat :bilik, bangunan
Objek :buku, barang

Atribut
Atribut merupakan penerangan atau ciri-ciri sesuatu entiti. Sebagai contoh atribut bagi seorang pekerja adalah Nama, NoKadPengenalan, Alamat dan lain -lain.
Atribut nama : Nama, NoKadPengenalan
Atribut nilai : Sue, 912567-57-1234

Rekod
Rekod merupakan gabungan atribut yang berkaitan. Sesuatu rekod akan menerangkan sesuatu seperti data seseorang, data peristiwa atau data bagi objek.

Jadual
Jadual adalah gabungan rekod yang sama dan terdiri daripada lajur dan baris. Lajur merupakan atribut dan baris pula merupakan rekod-rekod.


Monday, December 03, 2012

Salam Perkenalan

Kami Cikgu IT

  1. Rozila Binti Mohd Noor (D20101039410)
  2. Nur Wahida Bt Noordin (D20101038617)
  3. Ernie Jain (D20101038719)
  4. Terry Henry Tsen (D20101038646)
  5. Philomena Rimbu Anak Uyu (D20101038708)
 

Kami Cikgu IT Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos